Last updated Sep 13, 2021 Selalunya kalau kita goreng ayam hanya lumurkan dengan kunyit dan garam sahaja kan. Apa kata jom buat penambahan pada bahan sikit untuk rasa yang lebih sedap dan menyelerakan macam ayam goreng mamak tu. Cara buat ayam goreng lebih sedap dan wangi ni hanya perlukan proses perapan ayam dengan bahan-bahannya. Kalau ratah macam tu je dah sedap. Bayangkan dibuat pula hidangan dengan nasi berperisa seperi nasi minyak atau paling tidak pun nasi lemak. Ayam goreng ni ada rasa dan aromanya yang wangi dek serbuk kari. Ayam goreng ni lagi lama diperap, lagi sedap rasanya. Sebab tempoh bahan-bahan menyerap pada ayam lebih lama. Sebab tu kalau anda dah rancang nak masak hidangan tengah hari, sebaiknya perapkan dulu ayam pada waktu pagi atau semalaman. Bila goreng je boleu bau semerbak aroma bahan rempah. Apatah lagi bila makan. Resepi ayam goreng padu ni dikongsikan oleh Noor Aishah Razali. Bahan perapannya mudah je. Yang penting rasa ayam goreng ni nak lagi sedap, gorengkan rangup-rangup dan buat gorengan kulitnya tebal-tebal. Sebab bahan bancuhan tepung tu yang buatkan wangi dan sedap. RESEPI AYAM GORENG SEDAP DAN WANGI Bahan perapan ni, sebenarnya kalau lagi banyak bancuhannya lagi sedap. Dan kalau rendamkan ayam dengan bahan perapan tu sebaiknya menyeliputi kesemua ayam dengan sekata. Bahan-bahan yang diperlukan Ayam Tepung jagung 7 sudu Tepung beras 7 sudu Daun kari 2 tangkai Bahan untuk dikisar Bawang putih 6 ulas Halia sebesar jari manis 2 inci Cili kering 3 tangkai ikut suka. Kalau nak pedas lagi boleh tambah Serbuk kari ayam 2 sudu Telur 1 biji 1 kiub pati ayam Boleh adjust rasa kalau nak tambah garam Cara buat ayam goreng lebih sedap dan padu ▶️ Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam blender, dan kisarkan sehingga hancur. ▶️ Kemudian tuangkannya ke dalam bekas ayam yang dah siap dibersihkan. ▶️ Taburkan juga kesemua bahan tepung dan gaulkannya sebati. ▶️ Hasil gaulannya akan selupat seperti dalam gambar. Kalau tak cukup menyeliputi kesemua ayam, boleh adjust bahan-bahannya. ▶️ Kemudian masukkan daun kari. Dan gaulkan lagi. ▶️ Selepas tu perap paling sekejap 1 jam. Atau lagi lama lagi sedap. ▶️ Setelah perap, gorengkan ayam garing-garing dan rangup. ▶️ Sedia untuk dihidangkan. BACA JUGA Resepi Ayam Masak Bawang Ala Mamak Pulau Pinang Terlajak Sedap. Simple Dan Mudah Je! Kalau siap goreng ayam ni, bila anak-anak terbau confirm diratahnya. Belum sempat nak buat lauk lagi. Mereka mesti suka lagi-lagi rasa kulitnya crunchy. Rasa pedasnya juga boleh adjust ikut citarasa anda. Lepas ni kalau nak goreng ayam je bolehlah buat resepi ni dari buat gorengan biasa. Selamat mencuba!
Campurkanayam dengan garam dan lada bubuk secukupnya. Marinate sekitar 15 menit. Lalu masukkan dengan semua tepung yang sudah dicampur dengan baking powder. Aduk rata. Goreng dengan minyak panas hingga matang, tiriskan. Goreng lagi ayam setelah 5 menit agar matang sempurna bagian dalamnya, cukup goreng sampang kecokelatan. Tiriskan.
Adapunjumlah porsi yang bisa dihidangkan untuk membuat Ayam woku khas manado ialah 2-3 porsi. Jadi pastikan porsi ini cukup untuk dihidangkan untuk anda sendiri ataupun keluarga tersayang. Oh ya untuk tambahan saja, waktu yang diperlukan dalam memasak Ayam woku khas manado diperkirakan sekitar 60 menit. Nah, kali ini kita coba, yuk, variasikan